Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah
betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi
doa wanita lebih makbul kerana sifat penyayang yang ada pada setiap wanita.
Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w.akan hal tersebut, jawab baginda "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan Sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat Baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang Baginya daripada api neraka."
Syurga itu di bawa telapak kaki ibu.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,
burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan
puasanya)
Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah
s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?"
Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima
waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara
kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan
masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah
dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2
1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan
puasa.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana
menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah
memberi 12 tahun pahala ibadat
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya,
maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan
mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu
yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya,
dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan
suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di
pandang Allah dengan penuh rahmat.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke
rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat
perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula
maharnya (mas kahwin).
ini hanyalah sebahagian daripada keistimewaan wanita...marilah kita sama2 renungkan kan mengamalkannya...
0 comments:
Post a Comment